Sembang Santai MIV Bersama Komuniti 2020 (Negeri Tengah)
22 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Oktober 2020, telah berlangsungnya sembang santai secara dalam talian bersama Sekretariat MIV, Puan Nur Amanina Che Azemi selama 1 jam bermula jam 3.00 petang – 4.00 petang menerusi platform Google Meet. Tujuan program Sembang Santai MIV Bersama Komuniti 2020 ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan yang timbul sepanjang aktiviti sukarelawan dilaksanakan di komuniti masing-masing.
Format program ini adalah secara tidak formal dan sukarelawan boleh mengajukan soalan secara terus kepada secretariat MIV. Sekurang-kurangnya seorang (1 orang) bagi setiap kumpulan sukarelawan diwajibkan untuk menyertai program ini. Ini adalah bertujuan bagi membolehkan pihak sekretariat MIV mendalami sebarang permasalahan yang timbul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: