Aktiviti Susun Suai Gambar sempena Hari Malaysia

18 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2020, aktiviti susun suai gambar telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai seramai 3 orang peserta. Aktiviti ini hanya berlangsung selama 30 minit sahaja bermula jam 3.00 petang sehingga 3.30 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengingati dan memupuk semangat patriotisme dalam diri para peserta sempena Hari Malaysia. Aktiviti ini juga dapat menguji minda serta kemahiran para peserta menggunakan papan pintar yang disediakan di pusat internet. Secara tidak langsung, mereka juga dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali