Pembukaan Semula Operasi Pusat Internet PPR Seri Semarak
15 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 & 14 Jun 2020 yang lalu, petugas Pusat Internet PPR Seri Semarak telah mengadakan aktiviti pembersihan dan disinfeksi Pusat Internet selepas 3 bulan tidak beroperasi disebabkan virus COVID-19. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP). Selain itu, pemantauan operasi Pusat Internet ini juga adalah untuk memastikan pengguna mematuhi SOP yang ditetapkan seperti menggunakan hand sanitizer,memakai penutup hidung dan mulut, dan mengamalkan penjarakan sosial (1 meter).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: