E-Pembelajaran – Kelas Mewarna Online

12 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2020, telah berlangsungnya kelas mewarna secara online di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kelas e-pembelajaran ini yang diadakan selama 2 jam bermula jam 03.00 petang – 05.00 petang. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta selepas tamat sesi persekolahan pada sebelah pagi.

Selain itu, para peserta dapat menunjukkan kreativiti mereka menggunakan gabungan warna yang disediakan di website hellokids.com. Mereka bebas memilih gambar yang digemari yang terdapat dalam laman web tersebut. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melatih para peserta menggunakan peralatan asas komputer seperti papan kekunci & tetikus dengan cekap dan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali