E-Pembelajaran_Teka-Teki
3 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 02 Februari 2020, telah berlangsungnya e-pembelajaran menjawab soalan teka-teki bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah disertai oleh 8 orang pelajar yang juga merupakan ahli pusat internet yang kerap berkunjung untuk menggunakan komputer. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak selama 2 jam bermula 02.30 petang – 04.30 petang.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji minda para peserta dengan soalan-soalan teka-teki yang mudah dan lawak. Soalan-soalan yang diberi secara tidak langsung dapat menggalakkan para peserta untuk berfikir dan dapat mengelakkan mereka dari membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: