E-Pembelajaran_Cari Perbezaan Gambar

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, telah berlangsungnya e-pembelajaran mencari perbezaan di dalam gambar bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang juga merupakan ahli pusat internet yang kerap berkunjung untuk menggunakan komputer. Aktiviti ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak selama 2 jam bermula 02.30 petang – 04.30 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji fokus dan juga minda para peserta. Mereka dikehendaki mencari perbezaan dalam setiap gambar yang ditunjukkan menggunakan laman web hellokids.com. Secara tidak lansung, aktiviti ini dapat memahirkan mereka menggunalan peralatan computer dan seterusnya dapat mengelakkan mereka dari membuat aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali