Program “Internet? Use It Right!” Siri II Bersama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Februari 2019 – 1 Mac 2019, telah berlangsungnya Program “Internet? Use It Right!” Siri II Bersama Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Program ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bertempat di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang bersempena hari bertemu pelanggan Pusat Kokurikulum. Program ini melibatkan semua staff Pusat Internet Wilayah Tengah secara bergilir-gilir mengikut hari yang telah ditetapkan.
Program ini telah menarik hampir 200 orang pelajar UiTM Shah Alam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sesi suai kenal petugas pusat internet bersama pelajar UiTM Shah Alam, kuiz berkaitan pusat internet dan pengetahuan am mengenai ICT, memperkenalkan pusat internet serta fungsi-fungsinya, penerangan tentang program kesedaran advokasi seperti Klik Dengan Bijak, Mobile eWaste, Check Your Label dan juga portal Sebenarnya.my. Mereka juga telah menyertai kuiz atas talian Kahoot untuk menguji kefahaman taklimat yang telah disampaikan. Selain itu, para pelajar juga dapat belajar cara menyunting dan membuat video ringkas bertemakan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi. Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Prof. Dr. Azizan Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di booth Pusat Internet pada hari terakhir program.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: