Program Advokasi & Google_Be Internet Awesome di SMK Segambut

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2019 yang lalu, Program Advokasi & Google_Be Internet Awesome telah diadakan di SMK Segambut. Seramai 2 orang cikgu dan 20 orang pelajar telah menyertai program ini. Mereka adalah ahli-ahli dari Kelab Komputer yang mana terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Sesi ini telah diadakan di makmal komputer SMK Segambut bermula jam 12.30 tengah hari dan tamat pada jam 2.30 petang.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan pengurusan risiko dalam talian dan membina kebingkasan semasa menggunakan internet. Mereka didedahkan dengan maklumat berkaitan buli cyber, sexting, pengantunan dalam talian, risiko dalam talian, oversharing, maklumat palsu, penipuan kewangan, keganasan siber, keselamatan komputer, dan kawal selia kendiri. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan eKelas iaitu projek pendidikan secara digital oleh Maxis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali