Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi – Pengurusan Kewangan Berkesan & Majlis Graduasi
25 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2019, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama NERA INFOCOM (M) Sdn.Bhd. telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi kepada semua Pusat Internet (PI) Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor bagi Latihan Lestari Siri IV bertajuk pengurusan kewangan berkesan dan majlis graduasi. Program ini telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur selama 9 jam bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
Seramai 18 orang pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor telah terlibat dengan program kali ini. Modul pengurusan kewangan berkesan ini telah diajar oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimin bin Yusoff, Pengarah ISME pada sesi sebelah pagi. Pada sesi petang pula, majlis graduasi pula diadakan bagi meraikan pengurus dan penolong pengurus tamat tempoh latihan. Majlis perasmian dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) YBhg. Prof. Dr. Mohd Rafi Bin Yaacob, Universiti Malaysia Kelantan. Turut hadir, Deputy Country Manager NERA Malaysia Sdn Bhd, YBrs. En. Johanis Abdul Rahman dan tenaga pengajar bagi program ini.
Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi ini telah diadakan selama 2 tahun. Antara modul-modul yang diajar termasuklah pemasaran digital (facebook page & Instagram), pembangunan poster dan flyers, penyediaan bajet menggunakan aplikasi Microsoft Excel, business model canvas, penyelesaian masalah dan pembangunan laman web. Dengan ilmu yang telah dipelajari, para peserta dapat mempraktikkannya dan mengajar kepada komuniti setempat seterusnya dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: