Misi Digital Raya bersama eKelas

11 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Buat julung kalinya bagi memberi kelainan kepada para pelajar, pihak Maxis telah mengadakan Misi Digital Raya bersama eKelas, yang mana para pelajar dikehendaki mereka hiasan hari raya bagi pusat internet masing-masing di atas sekeping kertas mahjung. Kemudian, para pelajar diminta memuat naik gambar hiasan tersebut ke dalam portal.

Aktiviti ini dapat membantu para pelajar menjana idea dan bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberikan. Aktiviti ini juga dapat menyerlahkan lagi bakat dan kreativiti mereka. Para pelajar kelihatan seronok di samping dapat mengisi masa terluang mereka memandangkan sesi live tutorial berehat seketika sepanjang bulan puasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali