eKelas Live Tutorial (Bahasa Inggeris)

3 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi live tutorial bersama eKelas telah berlangsung seperti biasa untuk subjek Bahasa Inggeris. Seorang pelajar Tahun 6 telah menghadiri sesi ini. Sesi eKelas ini telah diadakan bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Memasuki minggu ke-12, minggu ini merupakan minggu akhir bagi penggal ke-2 2019 dan minggu ini juga merupakan minggu ulangkaji bersama cikgu eKelas bagi menyiapkan diri menghadapi peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. Program eKelas akan berehat selama 6 minggu bagi memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menjalani ibadah puasa dan akan bersambung selepas raya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali