Pengenalan Portal eKelas & Learning Port Maxis
26 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2019 yang lalu, seramai 2 orang pelajar Tahun 6 dan seorang pelajar Tingkatan 2 telah menyertai eKelas untuk subjek Bahasa Inggeris. Selepas itu, mereka didedahkan dan diperkenalkan dengan Learning Port. Sesi ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang.
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana menggunakan portal eKelas dan Learning Port sebagai salah satu inisiatif pembelajaran secara digital yang mana di dalamnya terdapat nota pembelajaran, video, latihan dan permainan yang melibatkan 3 subjek iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: