Pengenalan Asas Komputer & Media (Email & Jobstreet)

13 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Februari 2019 yang lalu, kami telah melatih seorang penduduk PPR Seri Semarak yang bernama Puan Rosmah yang berumur 54 tahun. Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan ingin belajar membuat akaun email dan mendaftar di laman mencari kerja, Jobstreet. Aktiviti ini telah diadakan selama 2 jam bermula 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Kini, beliau telah pun mempunyai akaun email, Gmail dan boleh memohon kerja di laman sesawang Jobstreet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali