Pendaftaran Baru eKelas Maxis 2019

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Bermula tahun 2019, portal eKelas yang dianjurkan oleh pihak Maxis telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 untuk menyertai pembelajaran secara langsung dan tidak langsung melalui portal ini. Ekelas ini diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Terdapat 3 subjek yang difokuskan iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Pada 16 Februari 2019 yang lalu, seramai 3 orang pelajar baru telah mendaftar eKelas dan mengikuti tuisyen subjek Sains secara langsung yang telah dijadualkan oleh pihak Maxis. Mereka juga diarahkan oleh cikgu untuk membuat latihan dan aktiviti mengikut topik yang dipelajari pada hari tersebut. Projek eKelas ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali