Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi – Pembinaan Laman Web

24 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2019 yang lalu, Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama NERA INFOCOM (M) Sdn.Bhd. telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi kepada semua Pusat Internet (PI) Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor bagi Latihan Lestari Siri IV bertajuk pembinaan laman web. Program ini telah diadakan di The Regency Hotel, Kuala Lumpur selama 9 jam bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.

Seramai 18 orang pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor telah terlibat dengan modul kali ini. Konsultan En. Abdul Aziz bin Nordin telah dijemput untuk mengajar tentang pembinaan laman web menggunakan WordPress.com. Semua peserta berjaya membangunkan laman web masing-masing dengan mudah hasil tunjuk ajar daripada konsultan yang dijemput.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali