Pendaftaran Baru eKelas Maxis 2019 & Latihan Asas Komputer

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Portal eKelas yang dianjurkan oleh pihak Maxis telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 untuk menyertai pembelajaran secara langsung dan tidak langsung melalui portal ini. Ianya telah menarik minat para pelajar untuk berkunjung ke pusat internet dan mendaftar portal ini.

Seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada Tahun 6, Tingkatan 1, 2 dan 4 telah mendaftar pada 3 Mac 2019 baru-baru ini. Mereka diberikan sedikit taklimat dan pengenalan asas berkaitan portal eKelas dan Learning Port bagi memahami setiap fungsi yang ada supaya memudahkan mereka menggunakannya untuk mengulangkaji pelajaran. Selain itu, para pelajar juga mengikuti latihan asas menggunakan komputer seperti membuka laman web di enjin carian Google, menggunakan fungsi yang ada di papan kekunci dengan betul dan memuat turun gambar carian dan menyimpannya di dalam folder komputer

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali