Latihan Asas Media (Email)

9 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari 2019 yang lalu, seramai 5 orang peserta telah menghadiri latihan asas media iaitu cara membuat akaun email yang dianjurkan oleh Pusat Internet PPR Seri Semarak. Aktiviti ini telah diadakan selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta keperluan dan kepentingan akaun email. Mereka juga diajar asas-asas penggunaan email seperti menghantar dan menerima mesej atau maklumat. Bagi memastikan kata laluan yang digunakan untuk membuat akaun email adalah selamat, para peserta juga diajar untuk menggunakan website how secure is my password. Melalui website ini, kita dapat memastikan kata laluan yang digunakan adalah selamat dan sukar digodam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali