E-learning – Word Search

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019 (Ahad), seramai 4 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti Word Search yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam bermula jam 3.00 petang – 5.00 petang. Aktiviti ini diadakan secara bertulis dan juga secara online.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang para peserta yang berkunjung ke pusat internet pada hujung minggu. Aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat menguji minda dan mengajar para peserta untuk fokus mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi. Mereka juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan peralatan ICT yang disediakan di pusat internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali