Aktiviti Mewarna sempena Hari Malaysia

21 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2019, aktiviti mewarna telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai seramai 6 orang peserta. Aktiviti ini hanya berlangsung selama 1 jam sahaja bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam bidang seni (mewarna) sempena Hari Malaysia yang baru beberapa hari berlalu. Selain meningkatkan daya saing setiap peserta, aktiviti ini juga dapat melatih peserta untuk fokus dan kreatif dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Mereka juga dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali