Latihan Asas Komputer & Mengenal Huruf

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019, kami telah mengadakan latihan asas komputer dan kelas mengenal huruf bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Tahun 1, 2, dan 4 telah menyertai kelas ini yang bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta mengenali huruf. Mereka ditayangkan dengan video menarik dari Youtube dan diminta untuk menaip semula huruf-huruf tersebut menggunakan aplikasi Microsoft Word. Para peserta juga diberikan soalan kuiz untuk menguji kefahaman mereka. Selain itu, para peserta juga dikenalkan dengan asas-asas komputer dan fungsi-fungsinya. Para peserta juga didedahkan dengan bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Para peserta juga diajar untuk menggunakan papan kekunci dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali