Kelas Asas Komputer & Latihan Menaip
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2019 (Ahad), telah berlangsungnya kelas asas komputer dan latihan menaip di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini yang diadakan selama 2 jam bermula jam 10.30 pagi – 12.30 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas-asas peralatan komputer beserta fungsi-fungsinya.
Para peserta juga diajar untuk menggunakan papan kekunci dengan betul melalui latihan menaip yang disediakan. Bagi memantapkan lagi kemahiran menaip para peserta, mereka dikehendaki membuka laman web Kidztype.com dan menyelesaikan beberapa latihan menaip yang disediakan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengajar para peserta untuk lebih fokus bagi mengelakkan kesalahan semasa menaip.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: