Uji Minda bersama eKelas (Matematik & Sains)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Oktober 2019 (Sabtu), memandangkan peperiksaan UPSR bagi pelajar-pelajar Tahun 6 2019 telah berakhir, eKelas masih mengadakan kelas untuk mereka. Kelas istimewa ini membolehkan pelajar-pelajar Tahun 6 menjawab soalan-soalan uji minda yang diberikan oleh guru eKelas pada sesi tersebut.

Hanya 2 orang pelajar dari Pusat Internet PPR Seri Semarak yang menyertai kelas uji minda bagi subjek Matematik dan Sains pada minggu tersebut. Kelas bermula jam 10.20 pagi – 11.40 pagi bagi 2 subjek Tahun 6. Aktiviti ini dapat menguji minda dan pemahaman pelajar-pelajar sebelum menjawab soalan-soalan yang diberikan. Soalan-soalan yang diberi juga adalah mengikut silibus yang dipelajari di sekolah mahupun di eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali