Ayuh Bangkit Bootcamp

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2019 yang lalu, seramai 16 orang pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Wilayah Tengah telah menghadiri program Ayuh Bangkit Bootcamp yang diadakan di Brainy Bunch International School, Cyberjaya. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 6.00 petang.

Ayuh Bangkit Bootcamp ini telah menggabungkan 2 speaker antarabangsa iaitu Fadzil Hashim, CEO Brainy Bunch Group dan Shakirah Karim, Pakar Google Malaysia dan juga CEO Minda Trafik Group. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah rahsia kejayaan Brainy Bunch berkembang dari 1 cawangan ke 110 cawangan dan strategi-strategi keluar google secara percuma tanpa iklan serta kaedah bina jenama online tanpa kos.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali