Program Sejahtera Warga Emasku
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Disember 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Seri Semarak, PI PPR Kg Baru Air Panas dan PI PA DBKL Desa Rejang telah bekerjasama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Setiawangsa dalam menjayakan Program Sejahtera Warga Emasku yang telah diadakan di Dataran PPR Kg. Baru Air Panas. Program ini telah berlangsung selama lebih kurang 4 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Penyertaan pusat internet dalam program ini bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan pusat internet serta fungsinya kepada penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah kuiz berkaitan advokasi, typing race, dan pengumpulan barang-barang e-sisa mudah alih. Aktiviti typing race yang disediakan dapat memberi pendedahan kepada warga emas terutamanya tentang penggunaan asas peralatan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: