eKelas Live Tutorial (Bahasa Inggeris)

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2019 yang lalu, sesi live tutorial untuk subjek Bahasa Inggeris bersama eKelas berjalan seperti biasa selepas berehat selama 6 minggu sempena bulan puasa dan perayaan Hari Raya. Kelas bermula jam 3.00 petang dan tamat pada jam 4.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Bagi minggu yang ke-13, eKelas berjalan seperti biasa dengan topik membuat esei. Para pelajar didedahkan dengan teknik bagaimana untuk membuat esei dalam Bahasa Inggeris mengikut format yang dikehendaki dan menggunakan semua perkataan yang diberi. Pelajar diberi beberapa latihan berbentuk gambar dan beberapa perkataan dan dikehendaki untuk mengarangnya supaya menjadi sebuah cerita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali