Word Search

21 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti Word Search ini diadakan adalah untuk menguji minda dan kepantasan para peserta dalam mencari perkataan di dalam puzzle yang disediakan. Aktiviti ini telah berlangsung selama 2 jam bermula jam 3.00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti Word Search ini terdiri daripada 2 topik iaitu Computer dan Back-to-School. Selain dapat menguji minda para peserta, aktiviti Word Search ini juga dapat meningkatkan pengetahuan para peserta tentang perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Aktiviti ini juga melatih para peserta untuk fokus dan sabar dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali