Typing Test

23 November 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti typing test atau latihan menaip pantas ini dibuat secara dalam talian. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 2.30 petang di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan disertai seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Aktiviti typing test ini diadakan adalah bertujuan untuk melatih para peserta supaya mahir menggunakan alatan komputer seperti tetikus dan papan kekunci yang terdiri daripada huruf, nombor dan simbol. Peserta dikehendaki menaip perkataan-perkataan yang diberikan dalam masa 1 minit dan salah seorang peserta berjaya menaip sebanyak 22 perkataan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini juga melatih para peserta untuk fokus dan bersaing secara sihat. Aktiviti tamat pada jam 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali