Kelas Asas Komputer dan Menyunting Gambar

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lalu, kelas asas komputer dan asas menyunting gambar telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Kelas pada hari tersebut telah berlangsung selama 6 jam dan dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi (10.00 pagi – 1.00 tengah hari), kelas asas komputer dan sesi petang (2.30 petang – 5.30 petang), kelas asas menyunting gambar. Sesi pagi telah dihadiri oleh 3 orang peserta dan sesi petang pula adalah seramai 5 orang peserta.

Kelas asas komputer adalah bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang alatan komputer dan fungsi-fungsinya. Peserta juga dikehendaki membuat beberapa tugasan mudah untuk memahirkan diri menaip menggunakan papan kekunci. Bagi sesi petang pula, peserta didedahkan dengan cara-cara mencari gambar di internet dan menyimpannya. Peserta juga didedahkan dengan asas menyunting gambar menggunakan Paint dan Microsoft PowerPoint

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali