Kelas Microsoft Word

29 November 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas asas menggunakan Microsoft Word ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak pada 28 November 2018. Kelas ini berlangsung selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari yang dihadiri oleh 3 orang peserta. Peserta didedahkan tentang fungsi-fungsi dan asas menggunakan Microsoft Word. Peserta juga diberikan tugasan menaip karangan pendek dan menggunakan fungsi-fungsi Microsoft Word yang ada seperti menukar saiz dan jenis tulisan, mewarnakan tulisan, menggunakan simbol, copy and paste serta memasukkan gambar ke dalam dokumen dan menyunting gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali