Pusat Internet Annual Conference 2018

20 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 16-19 November 2018 yang lalu, Pusat Internet Annual Conference 2018 dibawah kelolaan Maxis telah diadakan di Damai Beach Resort, Santubong, Sarawak. Program ini merupakan program tahunan bagi staf pusat internet untuk bersama-sama berkumpul dan merapatkan silaturrahim antara kakitangan dan juga pihak pengurusan. Program ini juga adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan meraikan staf pusat internet yang cemerlang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang conference 2018 adalah seperti explorace berkumpulan, taklimat daripada pihak Poslaju dan Skynet, lawatan ke Pasar Serikin dan Kampung Budaya Sarawak, majlis makan malam dan penghargaan serta taklimat eKelas bersama pihak Maxis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali