Kuiz Matematik
9 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniSempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, kami telah mengadakan kuiz Matematik bagi kategori pelajar sekolah rendah. Kuiz ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak pada 8 Disember 2018 yang lalu. Seramai 4 orang peserta telah menyertai kuiz ini yang bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang.
Peserta dikehendaki menyelesaikan masalah Matematik yang diberi dan memilih jawapan yang betul di papan smartboard. Selain dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah, kuiz ini juga dapat meningkatkan penguasaan peserta dalam subjek Matematik. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan minat dan persaingan secara sihat antara para peserta dalam subjek Matematik di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: