Latihan Microsoft Word

14 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2018, kami telah mengadakan latihan Microsoft Word di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Aktiviti ini telah berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 2.30 petang dan disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah.

Latihan Microsoft Word ini adalah bertemakan 20 impian saya. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi penggunaan komputer dan fungsi-fungsi Microsoft Word kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan teknik mudah mencari idea di internet. Aktiviti diakhiri dengan tayangan video klik dengan bijak berkaitan buli siber, penipuan internet dan berkongsi secara berlebihan. Aktiviti tamat pada jam 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali